✨ Sambutan Israk Mikraj & Futur Jamaie 2026 ✨
???? Tarikh: 16 Januari 2026
???? Hari: Jumaat
Sambutan Israk Mikraj Peringkat SK Bukit Baru 2026 telah dilaksanakan pada hari Jumaat yang lalu dengan pengisian ceramah bagi menghayati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW serta menekankan kepentingan solat sebagai tunjang kehidupan seorang Muslim.
Majlis ini kemudiannya diteruskan dengan program Futur Jamaie, iaitu aktiviti sarapan bersama yang melibatkan warga sekolah.
Program Futur Jamaie diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemai nilai adab dan kesyukuran dalam kalangan murid-murid.
Diharapkan penganjuran kedua-dua program ini dapat memberi manfaat dan penghayatan berterusan kepada warga sekolah, khususnya dalam pembentukan sahsiah dan akhlak murid.
#skbbatmajuara