• Main
  • News

???? Nature Walk ????

???? Hari: Rabu
????️ Tarikh: 14 Januari 2026

Aktiviti Nature Walk (Brisk Walk) sekitar kawasan Kampungku Sayang telah berjaya dilaksanakan pada hari Rabu yang lalu dalam suasana yang ceria dan penuh semangat.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti luar bilik darjah.
Di samping itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid-murid menikmati keindahan alam sekitar kampung sambil memupuk sikap menghargai alam sekitar dan bekerjasama antara satu sama lain.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan murid yang sihat dari segi jasmani dan mental.

#skbbatmajuara