Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2024
Tarikh: 25 November 2024
Hari: Isnin
Disempurnakan oleh: KPL Mohd Hariffin bin Azanam (PPS SK Bukit Baru)
Pelancaran Duta Sahsiah ini bertujuan untuk memperkasakan peranan duta sahsiah sebagai suri tauladan yang berkualiti dalam membentuk keperibadian dan disiplin yang baik kepada diri sendiri dan murid lain.
Pelancaran ini akan mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah ini dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk memantapkan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid sekolah.
Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Tuan Mohd Hariffin kerana sudi menyempurnakan dan memeriahkan pelancaran Duta Sahsiah harini ini. Seterusnya, warga SKBB juga mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru ahli jawatankuasa serta guru-guru yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam menjayakan Pelancaran Duta Sahsiah Peringkat Sekolah Tahun 2024 pada pagi ini.
Akhir sekali, warga SKBB mengucapkan tahniah dan syabas buat murid-murid yang dilantik sebagai Duta Sahsiah SKBB 2024. Semoga murid-murid hebat ini dapat menjadi suri tauladan dan contoh yang baik buat murid-murid yang lain.
#skbbatmajuara