
Drone Skyblitz: Aero Sprint Workshop Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025
Tarikh: 15 Mei 2025
Tempat: SMK Malim, Melaka
Satu inisiatif inovatif dalam bidang teknologi dron telah berjaya dianjurkan melalui Drone Skyblitz: Aero Sprint Workshop Peringkat Negeri Melaka pada 15 Mei 2025 bertempat di SMK Malim, Melaka. Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas penerbangan dron, kawalan aero, dan aplikasi teknologi dalam dunia sebenar. Program ini bukan sahaja dapat memupuk minat dalam bidang STEM, malah membentuk generasi celik teknologi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.
#skbbatmajuara