PROGRAM MINGGU 3K:
PROGRAM KITAR SEMULA (KESEDARAN 3R) BERSAMA SWM
Tarikh: 27 November 2024
Hari: Rabu
Dengan kerjasama: Pihak SWM Melaka
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak SWM kerana sudi meluangkan masa dan mendidik anak-anak SKBB tentang kesedaran 3R.
Dengan mengamalkan Reduce/Pengurangan, Reuse/Guna semula dan Recycle/Kitar semula (3R), kita dapat mengelakkan diri daripada membazir sumber-sumber di dunia dan seterusnya menjaga kelestarian alam. Kesedaran ini wajar dipupuk di peringkat awal usia kanak-kanak agar mampu membentuk generasi baharu yang cintakan alam sekitar.
#SayangiBumiKita
#skbbatmajuara