• Main
  • News

???? SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2026 | TEMA KERJAYA ????????‍⚕️????????‍????????????‍????

Tarikh: 6 November 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, sambutan Hari Kanak-Kanak SK Bukit Baru telah dilaksanakan penuh meriah dengan pelbagai gaya dan kreativiti murid-murid yang tampil dengan pakaian mengikut tema kerjaya.

Pelbagai cita-cita dan impian dapat dilihat melalui penampilan anak-anak yang membawa watak kerjaya pilihan masing-masing. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk mereka terus berusaha, berani bermimpi dan melangkah ke arah masa depan yang lebih gemilang. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan ini.

Setiap impian besar bermula daripada seorang anak kecil yang berani bercita-cita! ✨

#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More