???? TAHNIAH DAN SYABAS TEAM INOVASI SK BUKIT BARU! ????
Alhamdulillah, warga SK Bukit Baru merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Anizah binti Abu Samah dan Ustazah Nur Thahirah binti Ibrahim atas kejayaan membanggakan menerusi inovasi FATAN 2.0 dalam Pertandingan Inovasi Persidangan Antarabangsa Pendidikan Masa Hadapan (ICFE 2026) yang berlangsung pada 3 hingga 5 November 2026 di KSL Esplanade Klang, Selangor.
Pasukan inovasi sekolah telah berjaya meraih:
???? Tempat Kedua Inovasi Terbaik
???? Platinum Award Kategori Terbuka
???? Hadiah wang tunai RM1,000.00
Kejayaan di peringkat antarabangsa ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen pasukan dalam membangunkan inovasi pendidikan yang membantu guru serta menyokong perkembangan bacaan Al-Quran murid.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir, warga sekolah, PIBG, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkarya dan menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada dunia pendidikan.
Tahniah dan syabas! Mengharumkan nama SK Bukit Baru di persada antarabangsa. ????
#SKBukitBaru #FATAN2ꓸ0 #ICFE2026 #InovasiPendidikan #PlatinumAward #BBOSS
#InpirasiMemacuKecemerlangan