???????? TAKLIMAT GERAK MADANI ????????
???? Tarikh: 9 Julai 2026
???? Hari: Khamis
Taklimat Gerak MADANI telah disampaikan oleh Guru Besar, Tuan Haji Basharul Hafi, pada 9 Julai yang lalu sebagai usaha memperkukuh kefahaman warga sekolah terhadap nilai dan semangat Malaysia MADANI.
Program turut diteruskan dengan penerangan berkaitan Jata Negara oleh GPK HEM SKBB, Puan Suhaila, diikuti dengan perkongsian berfokuskan kenegaraan oleh GPK Kokurikulum, Encik Azmi bin Kamis, dan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh GPK Pentadbiran, Encik Masrizal bin Rahmat. Aktiviti kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot! turut dijalankan bagi menguji kefahaman guru-guru tentang perkongsian yang disampaikan dalam suasana yang lebih menarik dan menyeronokkan. Beberapa orang guru turut membuat pembentangan amalan baik untuk dikongsi bersama-sama guru-guru SKBB.
Semoga program ini dapat menyemai semangat patriotisme, perpaduan serta penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga BBOSS. ????????✨
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan