
???? Pertandingan Azan & Iqamah Tahun 3 & 4 ????
Pada hari Rabu, 10 September 2025 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Azan & Iqamah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H bagi murid Tahun 3 dan 4 SKBB.
Pertandingan ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap Rasulullah ﷺ serta memberi pendedahan awal kepada murid tentang bacaan azan dan iqamah dengan betul serta penuh adab.
Melalui pertandingan ini, murid-murid dapat membina keyakinan diri dan menambah ilmu dalam suasana yang bermakna serta menyeronokkan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas penyertaan yang penuh semangat! ????
#skbbatmajuara