• Main
  • News

Pameran Bahaya Rokok/vape & Penyerahan Tanda Dilarang Merokok

Pameran Bahaya Rokok/vape & Penyerahan Tanda Dilarang Merokok

Pameran Bahaya Rokok/Vape & Penyerahan Tanda Dilarang Merokok

Tarikh: 19 Ogos 2025

Selain ceramah, satu Pameran Bahaya Rokok dan Vape di SKBB juga telah diadakan di SKBB. Pameran ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang kesan buruk tabiat merokok dan penggunaan vape terhadap kesihatan serta masa depan mereka.
Dalam majlis yang sama, pihak sekolah turut menerima tanda DILARANG MEROKOK yang diserahkan oleh En. Harish Daniel daripada Pejabat Kesihatan Melaka Tengah sebagai simbol sokongan terhadap usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat dan bebas asap rokok.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Melaka Tengah atas kerjasama yang diberikan, serta guru dan murid yang terlibat menjayakan program ini.

#skbbatmajuara