
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 SK Bukit Baru
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-51 SK Bukit Baru telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2025 (Sabtu), bertempat di Dewan Warisan SK Bukit Baru. Mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Mesyuarat Agung PIBG merupakan platform penting dalam menyatukan ibu bapa dan guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan kebajikan murid-murid. Pelbagai isu telah dibincangkan untuk meningkatkan pencapaian pelajar serta memperkukuhkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen penuh dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti akan terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SKBB.
#skbbatmajuara