• Main
  • News

Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian

Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian

MAJLIS SIMBOLIK PEMAKAIAN LENCANA JALUR GEMILANG PADA PAKAIAN SERAGAM MURID

HARI: ISNIN
TARIKH: 21 APRIL 2025
MASA: 7.40 PAGI
TEMPAT: DEWAN WARISAN SK BUKIT BARU

Bendera Malaysia telah diisytiharkan sebagai Jalur Gemilang pada 31 Ogos 1997 sempena sambutan 40 tahun kemerdekaan negara. Bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik, usaha berterusan dari peringkat sekolah amat penting.

Sehubungan itu, mulai hari ini, 21 April 2025, pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah telah dikuatkuasakan sepenuhnya. Lencana tersebut dipakai di bahagian kanan dada, selari dengan tanda nama murid. Program ini dilaksanakan bagi menerapkan semangat patriotik serta memupuk perpaduan dalam kalangan murid berbilang kaum.

Semoga dengan usaha ini, semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa anak-anak SK Bukit Baru!

#skbbatmajuara