• Main
  • News

???? KEM NILAI MURNI 2026 ????

???? Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)
???? Tempat: SK Bukit Baru, Melaka
???? Anjuran: Panitia Pendidikan Moral SK Bukit Baru

Kem Nilai Murni 2026 telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Moral SK Bukit Baru pada 30 oktober yang lalu bagi memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.

Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah terpuji, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan nilai moral serta menggalakkan sikap hormat-menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat, murid-murid berpeluang menghayati serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Moral serta semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More