• Main
  • News

???? KEM BESTARI SOLAT ????????

???? Tarikh: 30 Oktober 2026 (Jumaat)

Program Kem Bestari Solat telah diadakan pada 30 Oktober yang lalu bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman murid tentang kepentingan serta tatacara menunaikan solat dengan betul dan sempurna.

Melalui program ini, murid-murid diberi bimbingan berkaitan wuduk, bacaan dalam solat serta amali solat bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaksanakan ibadah harian.

Semoga program ini dapat membentuk murid yang istiqamah dalam menunaikan solat serta mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More