• Main
  • News

???? LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 3 KE BALAI BOMBA ????‍????????

???? Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
???? Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh

Murid-murid Tahun 3 SK Bukit Baru telah berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh pada 27 Oktober yang lalu.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang tugas dan tanggungjawab anggota bomba, mengenali peralatan memadam kebakaran serta meningkatkan kesedaran tentang aspek keselamatan kebakaran. Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baharu diperoleh oleh murid sepanjang lawatan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat atas layanan mesra serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat.

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More