• Main
  • News

???? KARNIVAL SMART KIDS PRASEKOLAH PDMT 2026 ????

???? Tarikh: 20 Oktober 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak Prasekolah Ibnu Sina, SK Bukit Baru atas penyertaan dan pencapaian yang membanggakan dalam Karnival Smart Kids Prasekolah Daerah Melaka Tengah 2026.

???? JOHAN – Pertandingan Kreatif Digital Smart Kids

???? JOHAN – Pertandingan Hafazan Smart Kids

Turut disertai ialah Pertandingan Bijak Matematik.

Kejayaan ini membuktikan bakat, kebolehan dan potensi hebat anak-anak prasekolah dalam pelbagai bidang. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berani mencuba, mengembangkan bakat dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing dan ibu bapa atas segala usaha, dorongan serta sokongan yang diberikan.

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan