???? SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH SIR NASHREEN ????
???? Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih telah diadakan pada Jumaat yang lalu bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan Sir Nashreen sepanjang berkhidmat dalam mendidik dan mencurahkan bakti kepada warga SKBB.
Segala ilmu, bimbingan, komitmen dan kenangan yang telah dikongsikan pastinya menjadi sebahagian daripada memori indah buat warga sekolah. Setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan Sir amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.
Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Semoga Sir Nashreen terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang. ????????
#InspirasiMemacuKecemerlangan
#BBOSS