???? LAWATAN MURID PRASEKOLAH KE BALAI BOMBA BUKIT KATIL ????
???? Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)
???? Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka
Murid-murid Prasekolah telah berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.
Lawatan ini memberi pendedahan kepada murid tentang tugas dan peranan anggota bomba, di samping mengenali peralatan serta kenderaan yang digunakan dalam operasi menyelamat. Murid juga berpeluang untuk mendapatkan pengetahuan asas berkaitan keselamatan dan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.
Semoga pengalaman ini dapat menambah pengetahuan serta membentuk kesedaran murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil atas sambutan dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna buat anak-anak Prasekolah. ????????????????
#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan