????️ MAJLIS PENGANUGERAHAN RAMBU PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA????️
???? Tarikh: 20 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
???? Tempat: Hotel Mudzaffar, Melaka
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Rambu Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah berjaya mencapai satu lagi pencapaian bermakna dalam perjalanan kepengakapan.
Majlis penganugerahan ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan, malah turut menjadi lambang pencapaian dalam membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan ahli Pengakap.
Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, berdisiplin dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi. Diharapkan pengalaman serta nilai yang diperoleh melalui aktiviti kepengakapan dapat terus diamalkan dalam kehidupan seharian dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
#InspirasiMemacuKecemerlangan #BBOSS