• Main
  • News

???????? SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2026 ????????

Sempena Sambutan Hari Malaysia 2026, warga SK Bukit Baru telah bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengenakan pakaian tradisional dan etnik pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

Kehadiran murid dan guru dalam pelbagai busana tradisional menyerlahkan kepelbagaian budaya, adat dan warisan yang menjadi identiti negara kita. Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, kita tetap bersatu sebagai satu keluarga Malaysia.

Sambutan ini menjadi salah satu cara untuk memupuk rasa cinta akan negara serta menghargai keunikan dan kepelbagaian yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya.

Semoga semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam kalangan warga sekolah.

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan