????????♀️ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KE-49 SK BUKIT BARU 2026 ????♂️????
???? Tarikh: 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
???? Tempat: Stadium Puteri Gunung Ledang, IPGKPM Melaka
Kejohanan Sukan Tahunan Ke-49 SK Bukit Baru telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan pada hari ini dengan melibatkan murid-murid Tahap 2.
Pelbagai acara sukan telah dipertandingkan yang bukan sahaja mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang sukan, malah turut memupuk nilai disiplin, kerjasama, keberanian, keyakinan diri dan semangat juang dalam kalangan murid. ????????✨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian serta memberikan saingan yang terbaik dalam setiap acara. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan guru, urus setia, ibu bapa dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini. ????????
Semoga pengalaman dan semangat kesukanan yang diperoleh terus menjadi kenangan manis serta membentuk murid yang aktif, sihat, berdaya saing dan seimbang dalam semua aspek. ????????
#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan