????✨ PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL/ETNIK MALAYSIA ✨????
???? Tarikh: 11 September 2026
???? Tempat: Dewan Warisan
Pertandingan Pakaian Tradisional/Etnik Malaysia telah diadakan pada 11 September yang lalu bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di SK Bukit Baru.
Pelbagai pakaian tradisional dan etnik yang melambangkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia telah diperagakan oleh murid-murid dengan penuh yakin dan ceria. ????✨
Pertandingan ini bukan sahaja menceriakan suasana sambutan Bulan Kebangsaan, malah memberi peluang kepada murid untuk mengenali, menghargai dan mempelajari keunikan pakaian serta warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.
Semoga semangat untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian budaya terus subur dalam diri murid-murid SK Bukit Baru. ❤️????????
#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan