• Main
  • News

???????????? PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO MERDEKA ????????????

???? Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
???? Tempat: Dewan Warisan

Semarak kemerdekaan terus dirasai di SK Bukit Baru menerusi Pertandingan Nyanyian Solo Merdeka yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotisme pada hari ini. ????????

Pertandingan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengetengahkan bakat dalam bidang nyanyian, di samping membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi dan kreativiti masing-masing.

Dengan persembahan yang penuh bersemangat, murid-murid telah menyampaikan lagu-lagu bertemakan kemerdekaan sebagai tanda kecintaan kepada tanah air. Setiap peserta tampil berani dan yakin untuk memberikan persembahan terbaik di hadapan warga sekolah. ❤️????????????

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas keberanian, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis serta pemangkin untuk terus mengasah bakat dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan