• Main
  • News

????✨ TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN YOUNG INVENTORS WITH STRAWBEES ✨????

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada SK Bukit Baru atas kejayaan meraih TEMPAT KETIGA dalam Pertandingan Young Inventors With Strawbees sempena Karnival Edufuture Madani 2026 IPG Kampus Perempuan Melayu Peringkat Kebangsaan! ????

Kejayaan ini telah disumbangkan oleh dua orang murid hebat daripada Kelas 6 Mutiara, iaitu adik Rania Arissa dan adik Zahraa' Nur Imani.????

Penyertaan dalam pertandingan ini bukan sahaja membuka ruang kepada murid untuk mengetengahkan kreativiti dan idea inovatif, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, bekerjasama dan menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Tahniah atas usaha, keberanian dan kesungguhan yang telah ditunjukkan. Pencapaian di peringkat kebangsaan ini pastinya menjadi satu pengalaman yang amat bermakna serta membanggakan buat murid, guru dan seluruh warga SK Bukit Baru. ????????

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mencipta dan meneroka idea-idea baharu pada masa akan datang.

#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan