• Main
  • News

????✨ TEKNIK MENJAWAB MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 BAHASA INGGERIS✨????

???? Tarikh: 27 Ogos 2026
???? Tempat: SK Bukit Baru

Program Teknik Menjawab Matriks Pembelajaran Tahun 4 Bahasa Inggeris telah dilaksanakan pada 27 Ogos yang lalu bagi membantu murid meningkatkan kefahaman serta penguasaan dalam menjawab soalan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dan tepat.

Melalui program ini, murid didedahkan kepada pelbagai teknik dan strategi menjawab soalan, di samping dibimbing untuk mengenal pasti kehendak soalan serta menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam mendapatkan jawapan.

Penguasaan teknik menjawab yang baik bukan sahaja membantu murid memperoleh pencapaian yang lebih cemerlang, malah dapat membina keyakinan dan minat mereka untuk terus mempelajari Bahasa Inggeris.

Semoga ilmu dan panduan yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua murid dalam menghadapi pentaksiran serta pembelajaran mereka dengan lebih bersedia.

Learn today, succeed tomorrow! ????????

#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan