????????✨ SAMBUTAN AMBANG MERDEKA PERINGKAT SEKOLAH✨????????
???? Tarikh: 27 Ogos 2026
???? Tempat: SK Bukit Baru
Semarak kemerdekaan terus dirasai di SK Bukit Baru menerusi Sambutan Ambang Merdeka yang berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat patriotisme di Dewan Warisan.
Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan rasa cinta akan negara dalam kalangan murid serta warga sekolah, di samping menghayati kembali erti kemerdekaan yang telah dikecapi.
Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah diadakan bagi menceriakan sambutan. Murid-murid turut menunjukkan semangat yang tinggi dengan menggayakan pakaian bertemakan kemerdekaan serta mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga. ????????????
Suasana semakin meriah apabila seluruh warga sekolah bersama-sama menyemarakkan semangat “Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”. Sambutan sebegini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah menjadi wadah untuk memupuk nilai patriotisme, perpaduan dan rasa syukur dalam diri generasi muda.
Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa anak-anak SK Bukit Baru dan menjadi inspirasi untuk mereka melangkah maju sebagai generasi pewaris Malaysia yang gemilang. ❤️????????
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ????????????
#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan