????✨ PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN BAIK – AI POWERED LEARNING ✨????
???? Tarikh: 6 Ogos 2026
???? Hari: Khamis
⏰ Masa: 2.00 petang
???? Tempat: Makmal Komputer, SK Bukit Baru
SK Bukit Baru telah melaksanakan Program Perkongsian Amalan Baik: AI Powered Learning bersama Ts. Dr. Romy Abd Kadir, Pengetua SM Teknik Melaka.
Program ini melibatkan guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dengan fokus kepada perkongsian penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui sesi ini, para guru berpeluang untuk menambah ilmu pengetahuan, berkongsi idea serta meneroka pendekatan baharu bagi menjadikan PdP lebih kreatif, efektif dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Terima kasih kepada penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta semua guru yang telah memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. ????????✨
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan