???????? LATIHAN KEBAKARAN & EVAKUASI SEKOLAH ????????
???? Tarikh: 31 Julai 2026
???? Tempat: SK Bukit Baru
SK Bukit Baru telah melaksanakan Latihan Kebakaran dan Evakuasi Sekolah pada 31 Julai yang lalu sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan serta meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah terhadap aspek keselamatan.
Sepanjang latihan, murid dan guru didedahkan kepada prosedur keluar dari bangunan dengan teratur, berkumpul di kawasan selamat serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Semoga latihan ini dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan, disiplin dan pengetahuan warga BBOSS dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan. Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan! ????✨
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan