????✨ PROGRAM SEKOLAH TANPA TUNAI & PEMBUKAAN AKAUN BAHARU BSN ✨????
???? Tarikh: 29 Julai 2026
???? Hari: Rabu
⏰ Masa: 12.00 tengah hari
???? Tempat: SK Bukit Baru
SK Bukit Baru dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melaksanakan Program Sekolah Tanpa Tunai serta memberi peluang kepada murid untuk membuka akaun simpanan BSN.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah pembayaran tanpa tunai di sekolah, di samping mendidik murid tentang pengurusan wang yang bijak, selamat dan bertanggungjawab. Murid juga didedahkan kepada penggunaan teknologi digital dalam urusan harian serta kepentingan membina tabiat menabung sejak kecil.
Semoga program ini dapat meningkatkan literasi kewangan dan kemahiran digital murid, seterusnya melahirkan generasi yang lebih bersedia menghadapi masa depan. Terima kasih kepada pihak BSN serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. ????????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan