• Main
  • News

???????? LIGA RAGBI BAWAH 11 TAHUN DAERAH MELAKA TENGAH – MINGGU 2 ????????

???? Tarikh: 28 Julai 2026
⏰ Masa: 2.30 petang – 5.30 petang
???? Tempat: SMK Pernu

Pasukan ragbi SK Bukit Baru meneruskan aksi cemerlang dalam minggu kedua Liga Ragbi Bawah 11 Tahun Daerah Melaka Tengah dengan mencatat dua kemenangan tanpa bolos:

???? SK Bukit Baru 15 – 0 SK Duyong
???? SK Bukit Baru 10 – 0 SK Taman Merdeka

Tahniah dan syabas kepada semua pemain atas semangat juang, disiplin serta kerjasama berpasukan yang ditunjukkan sepanjang perlawanan. Sekalung penghargaan turut diberikan kepada barisan jurulatih dan guru pembimbing atas bimbingan serta komitmen yang berterusan.

Semoga pasukan BBOSS terus mengekalkan momentum dan melakar lebih banyak kejayaan dalam perlawanan seterusnya! ????????????

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan


Read More