• Main
  • News

???? KEJOHANAN HOKI SEKOLAH RENDAH BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026 ????

???? Tarikh: 20, 21 & 27 Julai 2026
???? Peringkat: Negeri Melaka

Pasukan hoki lelaki dan perempuan bawah 12 tahun SK Bukit Baru telah menyertai Kejohanan Hoki Sekolah Rendah Bawah 12 Tahun Peringkat Negeri Melaka 2026 pada 20, 21 dan 27 Julai yang lalu.

Dengan semangat juang dan kerjasama berpasukan yang tinggi, pasukan lelaki BBOSS berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir. Walaupun perjuangan terhenti pada peringkat tersebut, pencapaian ini tetap membanggakan dan menjadi pengalaman yang amat berharga buat semua pemain.

Tahniah dan syabas kepada para pemain, jurulatih serta guru pembimbing atas usaha, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Semoga terus bersemangat dan kembali lebih kuat dalam kejohanan akan datang! ????????✨


Read More