????️⚜️ PERKHEMAHAN LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK KERIS PERAK & KERIS EMAS ⚜️????️
???? Tarikh: 24–27 Julai 2026
???? Tempat: SK Pendidikan Khas Melaka
Pada 24-27 Julai yang lalu, ahli pengakap kanak-kanak SK Bukit Baru telah menyertai Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak Keris Perak dan Keris Emas yang berlangsung selama empat hari di SK Pendidikan Khas Melaka.
Sepanjang perkhemahan, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran kepengakapan, disiplin, daya tahan serta semangat kerjasama dalam pasukan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membentuk ahli pengakap yang lebih berdikari, berkeyakinan dan bertanggungjawab. Syabas kepada semua peserta dan guru pengiring atas komitmen yang ditunjukkan! ????????????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan