???? Sambutan Maal Hijrah 1448H & Hari Asyura 2026M ????
Tarikh: 1 Julai 2026
Hari: Rabu
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maal Hijrah 1448H dan Hari Asyura anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Bukit Baru pada 1 Julai yang lalu.
Program dimulakan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh Ustaz Faizul Hidayat bin Abdullah, Guru Pendidikan Islam SK Sungai Rambai, Jasin. Semoga segala ilmu, nasihat dan pengisian yang disampaikan menjadi pedoman serta menyemai semangat untuk murid-murid terus berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik.
Seterusnya, program dilanjutkan dengan agihan bubur lambuk kepada warga sekolah sebagai simbol perkongsian rezeki dan mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh keberkatan.
Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan penghayatan nilai-nilai Islam serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan