???? KARNIVAL SEMARAK MBMMBI PERINGKAT NEGERI MELAKA ????
Dare to Spell (Sekolah Rendah)
Tarikh: 27 Jun 2026
Tempat: SMK Dang Anum
Tahniah diucapkan kepada Akmal Haris bin Akmal Rais dari kelas 5 Mutiara yang telah menyertai pertandingan Dare to Spell (Sekolah Rendah) sempena Karnival Semarak MBMMBI Peringkat Negeri Melaka pada 27 Jun yang lalu.
Dengan saingan daripada 182 orang peserta seluruh negeri, Akmal berjaya menempatkan diri dalam kelompok 40 peserta terbaik (Top 40). Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan dan membuktikan usaha gigih, semangat serta keberanian Akmal dalam menguasai kemahiran ejaan bahasa Inggeris.
Syabas dan tahniah kepada adik Akmal serta guru pembimbing atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan