????Program Gotong-Royong MADANI 2026????
Tarikh: 27 Jun 2026
Alhamdulillah, warga BBOSS telah bersama-sama menjayakan Program Gotong-Royong MADANI dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif untuk semua pada 27 Jun 2026 yang lalu.
Program ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah melalui semangat berganding bahu demi mencapai matlamat bersama.
Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa dan warga sekolah yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga budaya menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar terus menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan