???? PROGRAM MISI GREEN HEROES ????
Hari: Jumaat
Tarikh: 19 Jun 2026
Tempat: Kawasan Persekitaran SK Bukit Baru
Kerjasama: Kelab Kitar Semula & Yayasan Sukarelawan Siswa
Program Misi Green Heroes telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Kitar Semula dan Yayasan Sukarelawan Siswa di kawasan persekitaran SK Bukit Baru pada 19 Jun yang lalu.
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan memelihara alam sekitar serta mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid berpeluang terlibat secara langsung dalam usaha menceriakan persekitaran sekolah di samping membina sikap prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Diharapkan Program Misi Green Heroes ini dapat menyemai semangat cintakan alam sekitar serta melahirkan warga sekolah yang lebih peka, bertanggungjawab dan mengamalkan gaya hidup lestari. ????♻️✨
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan