PROGRAM SINERGI KECEMERLANGAN TAHUN 4
Hari: Jumaat
Tarikh: 19 Jun 2026
Tempat: Dewan Warisan, SK Bukit Baru
Program Sinergi Kecemerlangan Tahun 4 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Warisan, SK Bukit Baru pada 19 Jun yang lalu. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid Tahun 4 tentang hala tuju pembelajaran serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaian akademik dan perkembangan diri.
Dalam program ini, murid-murid dan ibu bapa turut menerima slip keputusan yang melibatkan empat subjek utama Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) sebagai panduan untuk melihat tahap penguasaan, pencapaian serta perkembangan pembelajaran mereka. Penerangan berkaitan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) turut diberikan bagi membantu ibu bapa memahami tentang instrumen diagnostik yang akan dijalankan ini dengan lebih jelas.
Melalui program ini, murid didorong untuk lebih berusaha, menetapkan sasaran pencapaian serta membina sikap positif dalam menghadapi cabaran pembelajaran. Diharapkan Program Sinergi Kecemerlangan Tahun 4 ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi murid serta melahirkan murid yang lebih yakin, berdisiplin dan berdaya saing. ✨????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan