PERLAWANAN PERSAHABATAN SEPAK TAKRAW 3 PENJURU
Hari: Khamis
Tarikh: 18 Jun 2026
Masa: 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Dewan Warisan, SK Bukit Baru
Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw 3 Penjuru telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Warisan, SK Bukit Baru, melibatkan penyertaan pasukan dari SK Bukit Baru, SK Ayer Keroh dan SK Taman Merdeka.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sekolah di samping memberi peluang kepada murid-murid menimba pengalaman pertandingan dalam suasana yang sihat dan kompetitif. Sepanjang perlawanan, para pemain mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin yang baik serta kerjasama berpasukan yang cemerlang.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menjadi platform untuk mencungkil bakat murid dalam sukan sepak takraw, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, semangat setiakawan dan daya saing yang positif. ????✨????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan