???? MAJLIS UKIRAN BUDI, SULAMAN KASIH ????
Bersempena Perpisahan Puan Wan Azamima binti Senin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bukit Baru
Hari: Khamis
Tarikh: 18 Jun 2026
Tempat: Dewan Warisan, SK Bukit Baru
Majlis Ukiran Budi, Sulaman Kasih telah diadakan bagi meraikan dan mengucapkan penghargaan kepada Puan Wan Azamima binti Senin atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Bukit Baru.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna ini menjadi wadah untuk warga sekolah menzahirkan rasa terima kasih serta penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kepimpinan yang telah dicurahkan demi kebajikan dan pembangunan murid-murid serta kecemerlangan sekolah.
Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Bukit Baru. Warga sekolah mendoakan agar Puan Wan Azamima sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta kejayaan dalam setiap langkah yang bakal ditempuhi. ????✨
Yang jauh itu jarak,
yang dekat itu kenangan.
Yang pergi membawa pengalaman,
yang tinggal menyimpan ingatan ❤️
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan