• Main
  • News

???? PERTANDINGAN BICARA IRAMA ????
MINI KONVENSYEN KOTAK 2026
“Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok”
Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Melaka

Tarikh: 11 Jun 2026
Hari: Khamis

Warga BBOSS dengan penuh rasa bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bicara berirama SKBB atas kejayaan meraih Tempat Pertama dalam Pertandingan Bicara Irama Mini Konvensyen KOTAK 2026.
Penyertaan ini bukan sahaja menyerlahkan bakat dan kreativiti murid, malah berjaya menyampaikan mesej yang sangat bermakna berkaitan kepentingan menjaga kesihatan oral serta kesedaran menolak amalan merokok dalam kalangan masyarakat. Persembahan yang mantap, berdisiplin dan penuh keyakinan telah berjaya memikat hati juri serta memberi impak yang besar kepada penonton.
Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, sebaliknya hasil daripada latihan berterusan, bimbingan guru yang komited serta semangat kerjasama yang jitu antara semua ahli pasukan. Ia juga menjadi bukti bahawa murid SK Bukit Baru mampu bersaing di peringkat lebih tinggi dengan penuh keyakinan dan daya saing.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas kemenangan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. ✨

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan


Read More