• Main
  • News

???? DIALOG PRESTASI PENJAMINAN MUTU BERFOKUS 2026 ????

Tarikh: 8 & 11 Jun 2026
Hari: Isnin & Khamis
Masa: 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Makmal Komputer SKBB

Unit Kurikulum SK Bukit Baru telah mengadakan Dialog Prestasi Penjaminan Mutu Berfokus bagi guru-guru subjek Tahun 1-6 pada hari Isnin dan Khamis yang lalu.
Program ini diadakan bertujuan untuk membentangkan analisis pencapaian murid berdasarkan Pentaksiran Pertengahan Tahun 2026, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid mengikut mata pelajaran serta merancang tindakan penambahbaikan dan intervensi yang lebih berfokus.
Melalui sesi perkongsian dan perbincangan ini, guru-guru dapat menilai keberkesanan PdP yang telah dilaksanakan serta merangka strategi yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian murid.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh kualiti pendidikan serta melonjakkan kecemerlangan murid BBOSS. ✨

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More