• Main
  • News

???? KURSUS PEMIMPIN MUDA 2026 ????

Tarikh: 23 Mei 2026
Hari: Sabtu
Tempat: SK Bukit Baru

Kursus Pemimpin Muda 2026 anjuran Unit Disiplin dan Badan Pengawas telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan barisan pemimpin murid BBOSS.
Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah terpuji, meningkatkan kemahiran kepimpinan serta memupuk nilai disiplin, keyakinan diri dan tanggungjawab dalam kalangan pemimpin muda. Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan bagi memperkasa potensi murid sebagai pemimpin yang berwibawa dan mampu menjadi contoh kepada rakan-rakan.
Semoga program ini dapat melahirkan pemimpin muda yang berketerampilan, berintegriti dan sentiasa bersedia memikul amanah demi kecemerlangan sekolah. ✨

#BBOSS
#InspirasiMemacuKecemerlangan


Read More