• Main
  • News

♻️ Ceramah Kempen Pengumpulan Minyak Terpakai ♻️

♻️ Ceramah Kempen Pengumpulan Minyak Terpakai ♻️

♻️ CERAMAH KEMPEN PENGUMPULAN MINYAK TERPAKAI ♻️

Tarikh: 22 Mei 2026
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Warisan

Ceramah kesedaran berkaitan kepentingan pengumpulan minyak masak terpakai telah disampaikan oleh En. Mahathir bin Mansor, NYDP PIBG kepada warga BBOSS.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui amalan pengurusan sisa yang lebih selamat dan lestari. Selain itu, murid turut didedahkan tentang kesan pembuangan minyak terpakai secara tidak terkawal terhadap kebersihan dan alam sekitar.
Semoga program ini dapat melahirkan warga sekolah yang lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar ♻️✨

#BBOSS
#Inspirasimemacukecemerlangan