• Main
  • News

???? Majlis Sambutan Hari Guru 2026 ????

Tarikh: 18 Mei 2026
Tema: Guru Bitara, Nadi Negara ✨
Tema Sekolah : Back To School

Sambutan Hari Guru 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 18 Mei 2026 dengan tema Back To School yang berjaya mengembalikan nostalgia zaman persekolahan dalam kalangan warga guru BBOSS. Pelbagai gelagat kreatif dan sporting daripada guru-guru telah menceriakan suasana sepanjang sambutan berlangsung, sekali gus menghidupkan kenangan manis alam persekolahan yang pastinya sukar dilupakan.
Gelak tawa, semangat kebersamaan serta kemeriahan yang terpancar jelas dalam kalangan warga SKBB menjadikan sambutan Hari Guru tahun ini lebih bermakna dan istimewa. Sambutan ini bukan sahaja menjadi tanda penghargaan buat para pendidik, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga sekolah. ????
Terima kasih buat semua guru yang sentiasa sabar mencurahkan ilmu, mendidik dengan penuh kasih sayang serta tidak pernah jemu menjadi pembimbing dan inspirasi kepada anak-anak bangsa. Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurahkan amat bernilai dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang.
Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik. Semoga terus cekal mendidik dan menjadi insan yang sentiasa dihargai serta disanjungi. ❤️

#BBOSS #InspirasiMemacuKecemerlangan