Mesyuarat PIBG 2026 dan Pelantikan AJK Baharu Sesi 2026–2028 ✨
Tarikh: 25 April 2026
Pada 25 April 2026, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Mesyuarat ini menjadi medium penting dalam mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan kebajikan serta kecemerlangan murid terus diberi perhatian.
Dalam mesyuarat ini juga telah berlangsung sesi pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG baharu bagi sesi 2026–2028. Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua AJK yang telah dilantik ????
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat terus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam merancang serta melaksanakan pelbagai program dan usaha demi kemajuan sekolah serta pembangunan murid secara menyeluruh ????????
Terima kasih juga kepada mantan YDP PIBG kita iaitu Encik Mohd Faris bin Md Sidik, ibu bapa dan guru yang sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan setiap agenda sekolah ❤️
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan