Majlis Perpisahan Guru Praktikal OUM ????✨
Tarikh: 24 April 2026
Pada tarikh 24 April 2026, telah berlangsung satu majlis perpisahan untuk dua guru praktikal OUM, Ustaz Safwan dan Cikgu Nabila sebagai tanda penghargaan atas jasa, komitmen dan sumbangan mereka sepanjang menjalani latihan praktikal di sekolah ini.
Sepanjang tempoh bersama warga sekolah, para guru praktikal ini telah menunjukkan sikap yang baik, semangat kerjasama serta dedikasi dalam melaksanakan tugasan dan membantu pelbagai aktiviti sekolah. Kehadiran mereka bukan sahaja memberi pengalaman bermakna kepada diri sendiri, malah turut meninggalkan kenangan indah buat guru dan murid ❤️
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani praktikal menjadi bekalan yang bermanfaat untuk melangkah ke alam pendidikan sebenar. Warga sekolah mendoakan semoga terus berjaya dalam pengajian dan kerjaya pada masa akan datang ????????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan