????✨ Senamrobik My BOSS Care bersama Cikta Sweet ✨????
Tarikh: 14 April 2026
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pagi
Alhamdulillah, program Senamrobik My BOSS Care telah berlangsung dengan meriah dan penuh tenaga bersama Cikta Sweet pada 14 April yang lalu.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu mencergaskan badan, malah turut menceriakan minda serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.
Semangat dan penglibatan aktif murid serta guru jelas terpancar sepanjang program dijalankan, menjadikan suasana lebih ceria dan bertenaga.
Semoga amalan gaya hidup sihat ini dapat diteruskan dalam kehidupan seharian demi melahirkan generasi yang cergas dan cerdas ????????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan