• Main
  • News

????✨ Pelancaran My BOSS Care & Persembahan Silap Mata ✨????

Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
Masa: 7.40 – 9.00 pagi
Tempat: Dewan Warisan SK Bukit Baru

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran My BOSS Care yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, disusuli dengan persembahan silap mata yang menarik perhatian warga sekolah ????✨
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan penjagaan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan diri, di samping memupuk nilai murni seperti tanggungjawab, disiplin dan sikap prihatin dalam kalangan warga sekolah ????
Selain itu, program ini turut bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang lebih ceria, selamat dan kondusif melalui penglibatan aktif murid serta guru.
Semoga inisiatif ini dapat membentuk sahsiah murid yang lebih berdisiplin dan berakhlak mulia. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini ????✨

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan


Read More