• Main
  • News

????✨ Ujian SEGAK Murid Tahun 4, 5 & 6 ✨????

Tarikh: 31 Mac – 2 April 2026
Hari: Selasa-Khamis

Alhamdulillah, Ujian SEGAK bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 telah berlangsung dengan lancar dan teratur. Ujian ini dilaksanakan untuk menilai tahap kecergasan fizikal murid di samping memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan mereka.
Sepanjang ujian dijalankan, murid-murid menunjukkan komitmen, semangat dan kesungguhan yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Tahniah kepada semua murid atas usaha yang diberikan! ????✨
Semoga program ini dapat membantu melahirkan generasi yang cergas, sihat serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan