????✨ Majlis Pelancaran Program NILAM & Kempen Galakan Membaca ✨????
Tarikh: 16 Mac 2026
Hari: Isnin
Masa: 8.00 pagi
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Program NILAM dan Kempen Galakan Membaca yang bertujuan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan murid sejak peringkat awal lagi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Muhammad Aizammuddy bin Mohamed Idris, dan menjadi titik permulaan kepada usaha berterusan dalam melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis serta cintakan amalan membaca.
Diharapkan melalui program ini, murid-murid akan lebih bersemangat untuk menjadikan membaca sebagai amalan harian seterusnya meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri. Terima kasih kepada pihak PERPUSTAM dan semua warga sekolah yang terlibat dalam menjayakan majlis ini ????
#BBOSS
#inspirasimemacukecemerlangan